Tuesday 18 September 2012

Jalan-jalan JB

Salam...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. Long weekend sempena Hari Malaysia saya jalan-jalan ke JB. Actually ada weeding kawan husband kat sana. Stay kat Thistle Hotel JB. Ok gak. Bila compare dengan Thistle PD, yang kat JB ni lebih 'town hotel", yang kat PD tu more macam resort hotel. Yg kat JB ni pun design lebih moden.

 Sempena nak jalan tu sempat gak la siapkan baju anak sehelai dua..



Betul kata sorang member dulu.. "Nanti baju anak ko tak sama dengan baju budak2 lain".. Heheh..memang betul.. Seronok tengok anak pakai hasil tangan kite sendiri even tho tak le perfect..

Ada lagi baju yang dah siap tapi belum sempat amik gambar. Insya Allah saya post lagi lepas ni..

Thursday 6 September 2012

Thread rack

Dulu masa mula2 start menjahit, sewing materials pun sikit je. Sekarang baru realize gulungan benang dah makin banyak. Tiap kali nak guna different colour, kena korek2 dalam bekas..Hmmm..rasa tak convenience. So apa lagi, saya cepat2 tanya pakcik google dan terjumpa blog ni. Dia DIY je thread rack ni...

Menarik! Dan yang paling penting boleh nampak colour apa yang ada and can stop me from buying the same colour that I already have. Tapi memandangkan Oktober ni dah nak gi kursus for 6 months so segala hajat jahit-menjahit ni terpaksa la saya simpan buat pekasam dulu. Insya Allah balik April next year (NEXT YEAR??? Lamanya lagi.!!) saya akan sambung aktiviti and try buat thread saya sendiri gak.. Hehe..

Tuesday 4 September 2012

Post Hari Raya

Salam semua...
Dah masuk minggu ketiga kita berhari raya.. Still terasa mood bercuti panjang...Seronoknyeeee...

This time saja nak post gambar anak menggayakan jubah yang saya jahit haritu untuk dia..



Baru pakai awal-awal lagi dah kotor kena air tapai..huhu..redha je la...

Sekarang ni aktiviti menjahit saya slow sket atas beberapa faktor utama (cheehhh..macam buat essay pulak..).
1) Mengemas rumah. Mengemas dan menjahit memang tak dapat dibuat bersama..
2) Prepare diri dan barang-barang nak gi kursus 6 bulan (DPA) starting this coming October...

So saya try buat mana yang sempat je walaupun makin ramai member yang mintak tolong jahitkan dress untuk anak-anak dorg. Huhu...