Monday 3 June 2013

Mari Menjahit Baju Anak Member...

Baju kurung kuning ni untuk anak Hezry. Cute sangat pattern nye.. Hezry nak guna gi wedding sedara tapi cari tempat nak jahit, ramai tailor dah tutup order coz dah banyak tempahan baju raya..Ada satu tailor chinese ni pulak boleh amik tapi UPAH JAHIT JE..untuk baju kurung budak RM60, baju melayu RM120. Mak aiiihhh...mahal nye. Kalo upah baju orang besar ntah berapa agaknye. Ada kain lebih so I decided to make a peasant blouse je...


Lepas tu projek baju anak Farah pulak.. Yang ni Farah requested for a big bow.. Tapi pasal ukur main agak2 je coz takde ukuran Amani, so apparently baju ni muat tapi kecik sikit..hmmm..Dah lama tak nampak Amani so tak dapat nak agak size die macam mana sekarang...


And lastly, projek baju anak Linda pulak.. Actually ni semua kain lebih buat baju kurung and shirred dress (sorry lupa snap a pix of that).. Combine2 dengan kain yang ada kat rak tu so jadi la butterfly dress & peasant blouse...




Thursday 23 May 2013

Flower Girl Dress

Yesterday I posted pasal my daughter's cloths for my sis in-law's majlis akad nikah. Yang ni dress for the reception.. Bersungguh nak siapkan and as usual la, siap last minute.. Luckly  sewing materials (kain skirt luar & ribbon kat pinggang) yang mengikut theme colour dah memang ada kat rumah. Belakang pasang invisble zipper (sorry tak ambik gambar).


Believe me or not, dress ni siap at 3 in the morning. Di kala orang sedap tido, I dok sengkang mata menjahit.. Iye la coz kalo tak siap, my daughter takde baju nak pakai the next day. Dah siap at 3am tu, bilas2 sket dengan air and on kipas sampai pagi sebab nak keringkan (errr...ada bunyi nak beli dryer ke?).


So..the next day, si kecik ni jadi model mamanya. Ramai yang puji dress ni siap ada yang cakap "pandainya cari, colour sama dengan baju melayu ayahnya" Hellooooo....memang exactly kain yang sama dengan baju ayahnya...Hehhe..Even though dress ni tak la perfect tapi bangga gak dapat siapkan. tapi kalo nak letak kat parkson untuk jual memang kena reject la... :-)

Wednesday 22 May 2013

Post - DPA Activities...

DPA is over...phewwww...

My sis in-law got married recently. Sebab nak sedondon so kitorang beli kain ela. My baju hantar kedai je, nak jahit sendiri memang tak sempat. My daughter's.. siap night before the majlis akad..fuuhhhh...jenuh gak la..



Sebab nak cepat so I decided to make peasant style baju kurung...takde sibuk nak berpesak, kekek, tebuk leher etc. Nak bagi comel sikit baju ni, I put a brown bow kat leher baju...


Even though baju ni besar sikit tapi coz kainnye jenis lembut so nampak ok. Anak pun nampak selesa pakai dari pagi sampai tengahari.

Wednesday 13 March 2013

It has been a while...

Fuhhh...dah lama betul tak update blog ni. I'm attending a course... Diploma Pengurusan Awam (DPA) at INTIM, Kemaman, Terengganu for 6 months starting Oct 1st, 2012 and in sha Allah will end by April 12, 2013. Tomorrow will be the last day at INTIM and the rest of the course will be conducted in INTAN Bukit Kiara. Here are some of the memories... 








Tuesday 18 September 2012

Jalan-jalan JB

Salam...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. Long weekend sempena Hari Malaysia saya jalan-jalan ke JB. Actually ada weeding kawan husband kat sana. Stay kat Thistle Hotel JB. Ok gak. Bila compare dengan Thistle PD, yang kat JB ni lebih 'town hotel", yang kat PD tu more macam resort hotel. Yg kat JB ni pun design lebih moden.

 Sempena nak jalan tu sempat gak la siapkan baju anak sehelai dua..



Betul kata sorang member dulu.. "Nanti baju anak ko tak sama dengan baju budak2 lain".. Heheh..memang betul.. Seronok tengok anak pakai hasil tangan kite sendiri even tho tak le perfect..

Ada lagi baju yang dah siap tapi belum sempat amik gambar. Insya Allah saya post lagi lepas ni..

Thursday 6 September 2012

Thread rack

Dulu masa mula2 start menjahit, sewing materials pun sikit je. Sekarang baru realize gulungan benang dah makin banyak. Tiap kali nak guna different colour, kena korek2 dalam bekas..Hmmm..rasa tak convenience. So apa lagi, saya cepat2 tanya pakcik google dan terjumpa blog ni. Dia DIY je thread rack ni...

Menarik! Dan yang paling penting boleh nampak colour apa yang ada and can stop me from buying the same colour that I already have. Tapi memandangkan Oktober ni dah nak gi kursus for 6 months so segala hajat jahit-menjahit ni terpaksa la saya simpan buat pekasam dulu. Insya Allah balik April next year (NEXT YEAR??? Lamanya lagi.!!) saya akan sambung aktiviti and try buat thread saya sendiri gak.. Hehe..

Tuesday 4 September 2012

Post Hari Raya

Salam semua...
Dah masuk minggu ketiga kita berhari raya.. Still terasa mood bercuti panjang...Seronoknyeeee...

This time saja nak post gambar anak menggayakan jubah yang saya jahit haritu untuk dia..



Baru pakai awal-awal lagi dah kotor kena air tapai..huhu..redha je la...

Sekarang ni aktiviti menjahit saya slow sket atas beberapa faktor utama (cheehhh..macam buat essay pulak..).
1) Mengemas rumah. Mengemas dan menjahit memang tak dapat dibuat bersama..
2) Prepare diri dan barang-barang nak gi kursus 6 bulan (DPA) starting this coming October...

So saya try buat mana yang sempat je walaupun makin ramai member yang mintak tolong jahitkan dress untuk anak-anak dorg. Huhu...