Tuesday 18 September 2012

Jalan-jalan JB

Salam...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. Long weekend sempena Hari Malaysia saya jalan-jalan ke JB. Actually ada weeding kawan husband kat sana. Stay kat Thistle Hotel JB. Ok gak. Bila compare dengan Thistle PD, yang kat JB ni lebih 'town hotel", yang kat PD tu more macam resort hotel. Yg kat JB ni pun design lebih moden.

 Sempena nak jalan tu sempat gak la siapkan baju anak sehelai dua..



Betul kata sorang member dulu.. "Nanti baju anak ko tak sama dengan baju budak2 lain".. Heheh..memang betul.. Seronok tengok anak pakai hasil tangan kite sendiri even tho tak le perfect..

Ada lagi baju yang dah siap tapi belum sempat amik gambar. Insya Allah saya post lagi lepas ni..

Thursday 6 September 2012

Thread rack

Dulu masa mula2 start menjahit, sewing materials pun sikit je. Sekarang baru realize gulungan benang dah makin banyak. Tiap kali nak guna different colour, kena korek2 dalam bekas..Hmmm..rasa tak convenience. So apa lagi, saya cepat2 tanya pakcik google dan terjumpa blog ni. Dia DIY je thread rack ni...

Menarik! Dan yang paling penting boleh nampak colour apa yang ada and can stop me from buying the same colour that I already have. Tapi memandangkan Oktober ni dah nak gi kursus for 6 months so segala hajat jahit-menjahit ni terpaksa la saya simpan buat pekasam dulu. Insya Allah balik April next year (NEXT YEAR??? Lamanya lagi.!!) saya akan sambung aktiviti and try buat thread saya sendiri gak.. Hehe..

Tuesday 4 September 2012

Post Hari Raya

Salam semua...
Dah masuk minggu ketiga kita berhari raya.. Still terasa mood bercuti panjang...Seronoknyeeee...

This time saja nak post gambar anak menggayakan jubah yang saya jahit haritu untuk dia..



Baru pakai awal-awal lagi dah kotor kena air tapai..huhu..redha je la...

Sekarang ni aktiviti menjahit saya slow sket atas beberapa faktor utama (cheehhh..macam buat essay pulak..).
1) Mengemas rumah. Mengemas dan menjahit memang tak dapat dibuat bersama..
2) Prepare diri dan barang-barang nak gi kursus 6 bulan (DPA) starting this coming October...

So saya try buat mana yang sempat je walaupun makin ramai member yang mintak tolong jahitkan dress untuk anak-anak dorg. Huhu...







Wednesday 15 August 2012

Baju Kurung Lace Tampal (Farah)

Pagi tadi saya post pasal shirred dress untuk Amani.. This time saya post pasal baju kurung untuk emaknya pulak, Farah


Kiranya dia ni 1st customer saya la..Tapi Farah just request buat baju je coz kain dia dah ada. Since ni baju kurung cotton, kaler pulak macam nak gi syariah court je so Farah mintak tampal dengan lace so that tak la boring sangat. Lace tu die beli sendiri, saya tukang tampal je. Ni close-up lace tampal kat tangan..


Di kesempatan ni juga saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Semoga perjalanan pulang ke kampung masing-masing berjalan lancar dan selamat. Esok saya dah start cuti...Wooohhhooo!!!

Shirred Purple Dress for Amani

Asyik jahit baju untuk anak sendiri je..so sekarang saya try jahit untuk anak orang pulak..heheh... Tapi buat simple je, shirred dress guna benang getah, senang & cepat.



Last week saja 'meninjau' Gulati's yang baru bukak kat Bangi, tengah ada sale gak. So saya rembat kain cotton sket and kain ni Farah sendiri yang pilih. Satu fabric tapi ada 3 jenis polka dot..comel! Saiz Amani saya main agak-agak je. Labuh dress saya ikut saiz anak saya tapi lebar tambah sket coz Amani lagi berisi. Since mak Amani ni suka bow, so saya buat bow dari fabric yang sama untuk letak kat pinggang dress. Hopefully Amani & maknye suka!

Tuesday 14 August 2012

DIY - Covered Button

Dah lama tak berblog... Busy sket bila nak cuti raya ni. Semua keje kena habiskan. Post kali ni pasal nak buat covered button sendiri. Saya suka covered button ni coz boleh buat corak sendiri dan boleh matching dengan fabrik yang kita guna.

Actually saya dah lama cari 'acuan' ni. Banyak kali pegi Daiso tapi tak jumpa. Finally, last few weeks jumpa kat Daiso Mines tapi ada satu size je, besar sket. Last 2 weeks pegi Sunway Pyramid. Teringat ada Daiso gak kat situ so pegikan jugak la. This time ada few sizes and lagi banyak..Suka!suka!

Senang je nak buat sebenarnya. So saya share kat sini...


1. Ni bahan-bahan yang diperlukan (lupa nak amik gambar kain sekali). Acuan yang kaler biru & putih tu macam getah, lembut2.
2. Letak kain yang dah digunting bulat kat atas acuan putih (hole facing up). bagi betul-betul center. Normally kat packaging die dah siap2 bagi ukuran kain yang perlu dipotong and apparently size kain tu just nice je..so tak yah risau kain terlebih kecik or terlebih besar.
3. Ambik butang tu tekan atas kain sampai masuk dalam acuan putih tu. kalo 1st time buat slo2 so that kain tu masuk kemas je..
4. Amik penutup butang yang ada cangkuk tu (err..faham ke saya panggil cangkuk?..tengok gambar je kalau tak faham ye). Tekan ke bawah sampai betul-betul rapat dan semua kain kemas masuk ke dalam.
5. Amik acuan kaler biru tekan ke bawah. kadang-kadang ada bunyi tick, haa...dah rapat la tu.. Nak keluarkan button? Tolak je acuan putih tu dari bawah..
6. Taddaa!! Dah siap pun... Selamat mencuba!

Tuesday 7 August 2012

Purple Butterly Dress

Another raya outfit for my little one... Aritu dah try pakaikan kat dia tapi tak sempat ambil gambar.. Terkedek-kedek je jalan pakai baju ni...


Friday 3 August 2012

Peasant Jubah

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini..taaddaaa!!!



Finally, siap jugak jubah raya untuk anak. Ada defect here and there tapi rasa ok la jugak, considering it as my 1st attempt..heheh... Sebab baju kurung raya saya purple macam ni dan ada corak border warna hitam so jubah ni saya tambah renda hitam..Saja nak matching-matching..heheh..

Thursday 2 August 2012

Koleksi Baju Raya Anak

This year tekad tak nak buat or beli baju kurung or dress anak banyak macam last year (lesson learned). Konon-kononnya nak sepasang je baju kurung sebab bukannya selalu pakai. Pakai 2, 3 kali dah kecik. Dah siap beli kain purple plain awal-awal tapi belum hantar tailor.

Tapi this year Nek Wan nya semangat beli kain untuk semua orang dan part paling best semuanya ada kain extra untuk dipadankan jadi baju anak. Hmm...alamatnye memang jadi banyak jugak la baju raya anak..


Baju kurung ni baru siap, kain sama dengan baju raya moyang Safiyyah kat Kuching.. Since dah ada baju kurung ni, so kain purple plain tu tak jadi la saya nak buat baju kurung. Saya try buat jubah simple, peasant style tapi belum 100% siap... Ni sneak peak nye...


Insya Allah, more coming up in my next entry. Stay tuned!

Tuesday 31 July 2012

Tailor in the Making...

 

Si kecik tunjuk bakat nak menjahit gak... Ni kat umah nek wan dia. Pandai buat gaya tailor coz selalu tengok nek wannye menjahit. Kalau kat rumah, memang tak jadi la nak menjahit kalau dia pun sibuk sama, semua benda dia nak buat...So, kena tunggu si kecik ni tido baru boleh buat keje...

Friday 27 July 2012

New Look

Saja tukar design blog ni... Anyway, belum dapat upload gambar baju coz in the process nak siapkan baju untuk raya. Since anak dah boleh jalan (in fact memang asyik berjalan je..literally), ayahnye request jubah untuk anak. Kebetulan awal lagi aritu dah beli kain plain untuk anak yang konon-kononnya nak hantar tailor buat baju kurung. Tapi since sekarang nak try jahit sendiri je & baju kurung lain untuk anak pun dah ada, so try la buat jubah.. So stay tuned, insya Allah esok or lusa boleh siap.. :-)

First party dress

Attempt to sew a shirred party dress...Straps belum betul2 kemas lagi...will try again.

Thursday 26 July 2012

Another Party Dress


Dress ni dah lama siap tapi lupa nak post kat sini. Tapi fabric flower kat dada tu macam kecik/sikit sangat pulak...

Tuesday 24 July 2012

Friday 20 July 2012

Peasant Top..again..

It's really easy to make. You just have to play with the fabric and colours. Thus, I made a peasant top again :-)

Wednesday 4 July 2012

Punah Budget...

Last weekend jalan-jalan kat IOI Puchong. Masuk Kamdar kat situ. Dah la tengah sale ganas, memang tak ingat diri membeli. Yang best Kamdar situ kain banyak choice & cantik-cantik..Ni la hasilnya...


Tuesday 3 July 2012

The outcome...

Last nite kepenatan so tak sentuh machine langsung. My little girl tido pukul 9.45, dengan maknya sekali tertidur sampai pagi. But I just wanna share some of the dresses I made for my little girl.. Enjoy!


Monday 2 July 2012

Work Station

Here is my work station. It was my husband's computer room but since he is currently using a laptop that enable him to move freely..so i hijacked this room...heheh.. (saja show off one of the dresses I made for my little girl kat dinding tu..)

Ni mesin jahit kesayangan... Bab-bab mesin jahit ni, SINGER still mendahului preference chart..Nasib baik ada kedai SINGER kat Bangi, tak payah pegi jauh-jauh. Price? More than 1k but it's really worth the money. It has 80 styles of stiches. Nak jahit butang pun tak yah susah2 jahit tangan..the machine does it all for you. Yang paling best it's automatic so tak payah susah-susah tukar plate manually kalau nak jahit different style of stiches..just select the number and you are ready to go...


Ni pulak kain-kain yang menunggu turn nak kena gunting...Dalam kotak tu pun ada lagi.. Since saya baru cuba-cuba menjahit so banyak kain cotton je (kain licin belum berani)..hehe.. Ramai member yang tanya kalau saya bolehg jahit untuk dorang... Sorry guys, belum berani jahit baju orang lain coz baru sendiri pun baru jahit sekali..this one..

Lepas dah try few times untuk baju sendiri, rasanya baru berani nak jahit baju orang lain..
That's all for now!

Thursday 28 June 2012

Hair clips

 

 

 

These are among hair clips I made. Two were sold (the middle row) to my officemate..heheh.. Oh, three actually (plus the 1st pic - the brown ones). Tak plan nak jual tapi she insisted to buy..so jual gak la at friend-friend price..heheh..




Where do i get my supply? Here are some of the websites:

susndfeltproduct.com 
tamujajakraft.blogspot.com
diyanacraft.blogspot.com




Newly Born...

Hi! Welcome to my newly born blog. I'm not really good in expressing my stories, but I created this one just to share my interests and what i'm passionate about with those who is willing to listen..